Monday, 22 October 2012

BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN :)

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"


MACAM MANA NAK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI :)


> " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

>" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "

An-Nur : 31

>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "

(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "

An-Nur : 31

>" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "

(Riwayat At-Thabrani)

>" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "

(Riwayat Muslim dan Bukhari)

>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "

Al Ahzab : 32

>"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

>"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, 20 October 2012







••► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik »» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?
••► Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik »» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan?
••► Kita buat baik, tak semestinya baik »» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?
••► Kita bukanlah bagus sangat.. Tapi InsyaAllah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik.. Amin Yarabbal Alamin
Pernah Dengar bila kita menegur kesalahan orang dan mereka jawab "Jangan Sibuk-sibuk masuk campur hal aku. KUBUR LAIN-LAIN la weii"....

INGAT!!!

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”

tapi, INGATLAH :

✿ yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang sembahyang jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN”
✿ yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan “ORANG LAIN”

Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA..."

"Apabila kamu melihat individu mempertahankan kebenaran melalui caci maki & cercaan, KETAHUILAH, hati dan niatnya adalah ROSAK lagi CACAT, kerana kebenaran dari hati yang ikhlas itu TIDAK memerlukan cara sebegitu"

"Dan cuba bayangkan kalau berlaku bencana seperti Tsunami atau banjir besar atau kebakaran yang menyebabkan kematian manusia yang terlalu ramai, ada ke dia nak gali satu-satu liang lahad? tak de kan, gali pakai jentolak, gali satu lubang dan kebumikan ramai-ramai..dan tiada lagi istilah "Kubur Masing-Masing"..Wallahuallam"

Friday, 19 October 2012

 Semua ini adalah aturan perjalanan hidup aku dalam mencari sebuah cinta yang sejati ....walaupon aku tahu cinta sejati dan azali hanya lah cinta pada ALLAH...tetapi sudah mencari lumrah kehidupan manusia sentiasa didatangi dengan cinta duniawi....cinta yang membuatkan manusia alpa sekiranya tidak pandai menguruskannya..Ya Allah, kenapa sukarnyer aku untuk merasakan cinta walaupun sering kali aku didatangi dengan cinta...Ya Allah kau berikan la petunjuk kepada ku ini...Hamba Mu yang terlalu lemah....

AWAK
kenapa awak hadir dalam hidup saya
kenapa awak buat saya jatuh hati pada awak?
SEKARANG
 awak tinggalkan saya
awak biarkan saya rindu awak
awak biarkan saya tercari-cari
bayang awak

Dulu-

_seawal kita kenal
Awak selalu call saya
Kalau awak tak dengar suara saya
Awak akan resah
Selalu awak ucapkan
"Sayanggg I Miss youuu"
"Sayanggg I Love uuuu"
Sampaikan saya naik lemas dengar ucapan awak tu
dan ucapan itu la yang buatkan saya
terbuai dan bahagia
senyum sendiri

PERNAH

Saya rapat dengan lelaki lain
Awak cemburu
Awak tak layan saya
Awak merajuk berhari-hari
Awak cemburu tandanyer
Awak sayangkan saya

SELALU

saya mengadu masaalah saya pada awak
Awak lah tempat saya luah kan perasaan
Awak lah menghiburkan hati saya
Awak lah sahabat dan kekasih saya

KINI

kita telah berpisah
Semua nya berlaku sekelip mata
Awak telah pergi selamanya
dan perpisahan ini juga 
mengajar aku erti
..........

Saya RINDU Awak :(

Wednesday, 17 October 2012

"TIPS MENGHINDARI DIREMEHKAN KAUM LELAKI"

Kepada kaum Hawa ...ini la tips yang boleh dikngsi bersama-sama...sharing is caring
1. Kenakanlah pakaian yang sopan. Akan lebih baik jika selalu memakai pakaian yang selalu menutupi aurat.

2. Hindarilah memakai potongan pakaian terlalu ketat yang dengan mudah dapat memperlihatkan lekuk-lekuk tubuh.

3. Hindari juga pakaian yang sangat transparan. Agar tidak memancing nafsu lelaki yang kebetulan melihatnya.

4. Usahakan banyak menundukkan pandangan dan tidak banyak lirik sana lirik sini agar tidak terkesan jelalatan.

5. Biasakanlah menjaga lisan dan merendahkan suara ketika berbicara dengan siapapun.

6. Usahakan menjaga tingkah laku dan adab kesopanan dalam bertatakrama dengan sebaik-baiknya.

7. Jika kebetulan bersama teman-teman, hindarilah bercanda yang berlebihan. Agar tak terkesan urakan.

8. Jika ada hal yang lucu, berusahalah untuk tertawa yang tidak berlebihan. Akan lebih baik jika cukup tersenyum saja.

9. Jika kebetulan ada lelaki yang tidak dikenal sebelumnya sekedar menyapa, jawablah sapaannya dengan sopan dan penuh keramahan.

10. Jika kebetulan berbicara dengan orang yang baru dikenal, usahakanlah tidak terlalu banyak bicara.

Jika seorang wanita berperilaku sopan dan bersikap seperti tersebut di atas, maka insyaAllah lelaki yang hendak usik atau pun meremehkan akan malu dengan sendirinya.

Akan tetapi jika seorang wanita berperilaku sebaliknya, maka jangan hairan kalau banyak lelaki yang suka menggoda dan terkesan memandang seorang wanita dengan remeh dan cenderung melecehkan.

Semoga bermanfaat dan boleh diambil hikmahnya.
 
 
 
 
✿>> KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita... Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka... KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi...

p/s : BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya.. Begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita... Jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita... BE STRONG... ♥♥

Tuesday, 16 October 2012


Awan kelabu mungkin cuma sepetak di antara birunya langit yang menawan..

Semoga ia menghadiahkan kepada semesta hujan yang membawa hikmah dan kebahagiaan..


Hati yang mengharu biru itu mungkin cuma sesaat, di antara melimpahnya karunia yang kita dapat..

Semoga ia menghadirkan beribu hikmah yang membawa keberkahan..

Andai ada lara di kala bahagia.

Andai ada duka di kala ceria.
Anggaplah itu sebagai penghias perjalanan hidup kita agar kian berwarna..

Sahabat..

Jika senyum adalah ibadah.
Jika seni itu indah.
Maka hadirmu dalam kehidupanku adalah anugerah terindah..

Tiada satu kata yang terucap seindah Alhamdulillah..


Alhamdulillah untuk hari ini..


Semoga keberkahan-NYA senantiasa menghiasi kita semuanya.


Aamiin yaa Rabbal 'alamiin.

Realiti Zaman Kini


Suka sangat2 cerita nie...so cik lia mau kngsi la....
Betul x?? pnh juga trjadi dlm hidupku...so aku rasa kisah ni btul...



Zaman sekarang bakal mak ayah mertua nak merisik bakal menantunya bukak Facebook.
Baca status, tengok gambar, info, educated ke tak...
Berkawan dengan siapa dan macam-macam lagi dia akan tengok.
Jadi, berhati-hatilah sesapa yang ada account facebook, terutamanya bakal isteri.

Jaga tatasusila tulis status tu... Jangan mengada-ngada tulis,

‘Hari ini I tengok wayang cerita Ombak Rindu dengan kawan l
elaki yang hensem2.’
Geli-geleman bakal mak ayah mertua membacanya... Yang tak ada kencing manis terus ada kencing manis.

Haa... Itu baru bakal mak ayah mertua yang ‘merisik’ kelakuan kita.

Bayangkan la pulak malaikat kiri kanan kita yang setiap masa ‘merisik’ perangai kita.
So, aktifkan akhlak mulia anda ketika on9 facebook..




ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI♥
1.Waktu 2.Perkataan 3.Kesempatan

♥ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥

1.Kemarahan
2.Kesombongan
3.Dendam,Iri Hati,Dengki.

♥ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA♥

1.Cinta Kasih
2.Keluarga
3.Sahabat Renung2'kan & Selamat beramal(^-^)

Friday, 12 October 2012


Inilah yang kaum hawa perlukan dari kaum adam....Wahai kaun adam jangan lah dikau berkawan hanya untuk "main-main"...


Perempuan : saya tidak layak untuk awak.

Lelaki : Kenapa?


Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-2.. Sedangkan saya tidak.


Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-2, itu tanggungjawab saya membimbing awak.

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Perempuan : awak ini kenapa? kan saya kata saya ni tidak layak untuk jadi isteri awak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Lelaki : Perbezaan tu yang akan membuat kita lengkap.

Perempuan : Awak terlalu sempurna.

Lelaki : Belum. Tapi akan sempurna jika awak ada.

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Lelaki : Seribu kuntum bunga pun tak mampu membuat awak berlembut juga?

Perempuan : Temuilah wali saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta awak, jika awak benar inginkan saya, assalamualaikum..
 
Dah lama cik lia x menjenguk blog ni...windu sngtttt...busy  ckit skng nie....klau dlu every day ....hehehe...di petang jumaat yg mulia ni...cik lia titipkan kata-kata bg cik lia yg bermkna
 
Jika Sesuatu itu milik kita...
Sesulit apapun jalannya,
Apapun rintangannya,
Pasti akan jadi milik kita,
Kerna memang untuk kita...
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita,
Walaupun mudah jalannya,
Walaupun bersusah-payah,
Kita ingin mendapatkannya,
Tidak akan pernah jadi milik kita,
Kerna memang bukan untuk kita... ♥
 

Wednesday, 3 October 2012

Ya ALLAH aku mohon petunjuk MU

Ya ALLAH...di saat ini aku diuji dengan pelbagai rasa...hnya kau mengerti tentang rasa hati aku...kenapa Kau duga aku dengan pelbagai dugaan...terutama yang melibatkan hati dan persaaan...Kau kuatkan la hati ku Ya Allah...Kau bagi la petnjuk pada hamba Mu ...Kau bukakanlah hati ku ini ...