Saturday, 4 February 2012

Kesilapan Perempuan

Antara KESILAPAN wanita pada hari ini adalah....apabila tengok lelaki pakai kopiah...."owwhh...so suwitt....waraknya dia...."....bila tengok lelaki pakai serban "...owwhh...so macho...solehnya dia"....bila tengok lelaki berjubah "owhh...so smart...akuu da jatuh cinta padanya"

hey!..ISLAM itu bukan pada jubah kopiah serta serbannya semata2 ....tetapi pada hatinya...pada AMALNYA...pada dirinya...pada Allah dan RasulNya....

p/s~lelaki yang tak tutup aurat...ITU JELAS LANGGAR SURUHAN AGAMANYA!

ini bukan untuk memberitahu "JANGAN PAKAI KOPIAH JUBAH DAN SERBAN..." tapi nak pesan...jangan UKUR KESOLEHAN SESEORANG HANYA DENGAN SEHELAI KAIN...adapun yang terbaik adalah IKUT SUNNAH NABI SAW

Kuasa Cinta

Kata pujangga, cinta letaknya di hati.., Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus mengendalikan tindakan.

Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta (Jalaluddin Rumi).

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya.

Tak jarang orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencitai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta Allah, tapi dalam pikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/pria yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya..

Rahsia ALLAH

●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ●●●▬▬▬▬
♥ Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu,
♥ Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu,

♥ TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH yang MAHA BIJAKSANA ♥
●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ●●●▬▬▬

Cinta Selepas Nikah

Sedikit penerangan:
Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.

Bagi saya, maksud saya cinta selepas nikah itu ialah "percintaan/bercinta" yang wujud hanyalah selepas nikah,hanyalah selepas sah akad nikah.

Tiada "percintaan/bercinta" sebelum nikah. kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya "bercinta" sebelum nikah atau istilah mereka "couple". Tiada istilah "Couple" dalam islam sebelum menikah. "Couple" itu wujud hanyalah selepas nikah.

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan "bercinta" sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi "kawal" nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah. =)

Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah.
Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.
Allahu A'lam

Istikarah

Ya Rabbul Arifin,
Seandainya Kau telah takdirkan dia milikku,

Tercipta buatku,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya,

Tetapkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagian ini kekal abadi.

Ya Muhaimin,
Seiringkanlah kami,
Mengiringi kehidupan luas ini,
Ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin,

Seandainya dia telah Kau takdirkan bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,

Luput dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontarkan bayangannya ke dada langit,
Hilang bersama senja merah,
Agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Qudus,
Gantikanlah yang telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya,
Biar sekuat mana aku mengasihinya,
Aku mohon kepadaMu Ya Allah,

Agar melenyapkan perasaan ini,
Seandainya benar dia ditakdirkan bukan untukku.


Tetapi seandainya dia telah ditakdirkan untuk diriku,
Aku mohon kasih dan sayang Mu Ya Allah,
Agar memperkuatkan kasih sayang ku padanya,
Selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku,

Di dunia dan akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Amin.

(Syair Istikharah)

Doa Mendapat Pasangan & Zuriat Yang Soleh Serta Anak Yg Ramai!!

"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."
(Surah al-Furqan:74)

"Ya Allah, banyakkanlah harta dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadap-Mu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."
(HR. Bukhari)

Bagaimana Mendapat Hati Yang Tenang Dan Dekat Kepada Allah?

Firman Allah SWT: "Katakanlah: Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
(Surah Al-Kahfi:109)

Begitulah diibaratkan banyaknya ilmu-ilmu untuk kita kaji dan kongsikan bersama.


Imam Malik bin Anas r.a. pernah berkata:

"Yang bernama Ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."


Subhanallah begitu hebatnya seseorang yang memiliki ilmu dan berkongsi ilmu. Di sini ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan yang mempunyai facebook untuk singgah di page ini. (Discover The Beauty Of Islam). Ilmu Islam semakin dikaji semakin banyak. Bersama-sama kita kongsikan ilmu, semoga mendapat manfaat bersama, InsyaAllah.