Thursday, 9 February 2012

Perkara yang pernah aku alami...

Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam
hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..

Dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, dia pergi menjauh dari kehidupan
kita. Apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR
dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA
lagi kerana dia telah jauh membawa diri..

Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu..
Bagi diriku, biarkan cinta itu pergi.. CINTA SEJATI pasti akan kembali..

Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hamba-Nya....

Ada Ketikanya...apabila hati merasa sayang

Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati ..... ~ Love is Cinta