Wednesday, 1 February 2012

Ingatlah Kaum ADAM

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Peringatan Untuk Diri Cik Lia

✔ NIKAH itu menjanjikan pahala yang TIDAK putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan sYurga sebagai tujuan.ツ.

✔ NIKAH itu penutup dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan lainnya bagi yang mengetahui rahasia-rahasianya.ツ.

✔ NIKAHLAH anda demi Tuhan dan Rasul-Nya, bukan menikah krn perasaan dan menuruti kebiasaan.ツ.

✔ JODOH X perlu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun anda perlu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang ツ.

Kata-kata Hikmah 02/02/2012

Lebih baik berkedudukan rendah andai kedudukan yg tinggi menyebabkan kita sering merendahkan orang lain...

Lebih baik berwajah kurang cantik andai cantiknya wajah kita membuat kita ingin selalu mempamerkannya dan mengharap bnyak pemuja...
Aurat di terbuka untuk sembarangan lelaki..

Lebih baik tidak berharta, andai harta yang kita punya membuat kita cinta dunia dan lupa membantu sesama manusia...

Lebih baik lagi mensyukuri smua nikmat yg telah Allah beri.. Tetap rendah hati, sentiasa bersyukur,Apapun dan bagaimanapun, percayalah.. Allah Maha Adil :)

Yuna>>>Terukir Bintang

Kuasa Seorang Perempuan

♥ Kuasa Seorang Perempuan ♥

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendata...ngkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

- Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

- Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

- Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

- Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.

Ucapkanlah "Jazaakallahu Khaira"

Ucapkanlah ‘Jazaakallahu Khaira’

Mungkin anda pernah mendengar seseorang mengucapkan ucapan ‘Jazaakallahu Khaira’.

Ucapan ini sebenarnya menepati ajaran sunnah Rasulullah saw. Iaitu ucapan yang dilafazkan bila seseorang melakukan kebaikan kepada kita. Sebagaimana hadis Nabi saw yang bermaksud :Sesiapa yang melakukan kebaikan kepadanya maka hendaklah dia berkata kepada orang tersebut : Jazaakallahu Khaira’. Maka dia telah memenuhi segala pujian.[al-Tirmizi dan al-nasa’i]

Maksud ucapan ini ialah Semoga Allah membalas kepada anda dengan kebaikan. Kesilapan yang biasa berlaku di kalangan kita ialah ucapan hanya ; Jazaakallah’ tanpa ‘khaira’. Ini adalah tidak lengkap kerana tidak tahu apa yang hendak dibalas.

Ucapan ini merupakan amalan Nabi saw dalam banyak hadis. Antaranya satu hadis yang panjang lebar di mana Nabi saw mengucapkan kepada golongan Ansar ( penduduk asal Madinah) dengan sabdanya :

“ Jazaakumullahu khaira’ [semoga Allah membalas kepada kamu dengan kebaikan].Sesungguhnya kamu sangat menjaga maruah diri dan sabar.[al-Hakim dan Ibn Hibban]

Saidina Umar berkata : Sekiranya salah seorang dari kamu mengetahui apa yang akan diperolehi bila diucapkan kepada saudaranya ucapan “jazaakallahu khaira’ nescaya dia akan memperbanyakkan ucapan itu antara satu sama lain.

Ucapan ini merupakan amalan kebiasaan para sahabat dan tabi’in. oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah Nabi saw ini. Semoga Allah memberi taufik kepada kita.

Disuatu Malam 01 Februari 2012...

Jika ALLAH telah menghendaki seorang insan untuk insan lainnya..
Maka sejauh apapun jarak mereka, sebanyak apapun rintangannya..
Sebesar apapun perbedaan diantaranya, sekuat apapun mereka ingin menghindarinya..
Walau tiada pernah ada komunikasi diantaranya, tak pernah membayangkan sebelumnya dan tidak pernah bertegur sapa..
Atas kehendak ALLAH, pastinya akan ada hal yg datang untuk menyatukan hamba-Nya hingga akhirnya bersatu dalam ikatan yg suci, Pernikahan... ^_^

Wanita

~ Sekadar Renungan Bersama ~

KATA-KATA Ustaz Azhar Idrus:
♥ Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia..
♥ Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau tak cintakan dia..
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau tidak pasti..
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuk dia..
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau tiada perasaan kepadanya..
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..

# Hati wanita diibaratkan seperti KACA,
Sekiranya pecah..
Parutnya akan ada sampai bila2.
Kaum Adam, sayangilah wanita itu seperti kau menyayangi ibumu sendiri.. :)

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Cerita : Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

**iLuvislam**

C.I.N.T.A

♥ Andaikan CINTA tidak di awali huruf "C" pasti takkan ada kata CEMBURU..
♥ Kerana dalam CINTA ada huruf "I", itulah yang membuat cinta jadi INDAH..
♥ Disebabkan ade Huruf "N" dalam CINTA lah, buat orang NANGIS..
♥ Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA merupakan "TENTANGAN" untuk mendapatkan pasangan..
♥ "A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA,iaitu Aishiteru

23 Ciri Orang yang Mencintai Diri Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Jodoh...Mati...Rezeki...Aturan Oleh ALLAH Yang Maha Esa

✿ JODOH telah ADA untuk kita TAPI masih TIDAK JUMPA?
✿ MATI sudah TETAP tarikhnya TAPI masih TIDAK DIKETAHUINYA?
✿ REZEKI sudah ADA untuk kita TAPI masih BELUM DIBERI SEMUA?
••► ALLAH SWT itu MAHA BIJAKSANA dan MENGAJAR kita APA itu ERTI SABAR dan MENANTI kesemuanya ツ

♥..Hidup di Dunia hanya sementara..♥♥

Renungkan...

Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, iaitu : KEPERCAYAN, CINTA dan RASA HORMAT (Sayidina Ali bin Abi Thalib)

Oh Cinta...

Cinta itu menyenangkan hati jika kita tahu menghargai pasangan.Ramai yang mengharapkan pasangan mereka menghargai mereka namun terlupa diri sendiri tidak menghargai pasangan. Mulakan kebaikan dari dalam diri sendiri barulah kebaikan itu akan berjangkit. Kebaikan akan terus menjadi viral dan mengharmonikan cinta itu.Cinta itu menyenangkan hati jika kita tahu menghargai pasangan.Ramai yang mengharapkan pasangan mereka menghargai mereka namun terlupa diri sendiri tidak menghargai pasangan. Mulakan kebaikan dari dalam diri sendiri barulah kebaikan itu akan berjangkit. Kebaikan akan terus menjadi viral dan mengharmonikan cinta itu.

Bersederhana dalam Membenci....

Bersederhana Dalam Membenci

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

:- Sayidina Ali Bin Abi Talib

Untuk Ingatan Diri Sendiri>>>Mengapa Wanita Perlu Bertudung

8 Sebab Mengapa Perempuan Perlu Bertudung

♥ 1.Tuntutan agama ♥

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

♥ 2.Mengurangkan dosa ♥

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

♥ 3.Lebih pintar dan tenang ♥

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

♥ 4.Tidak membazir ♥

Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

♥ 5.Lebih sopan dan manis ♥

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

♥ 6.Rambut lebih tahan lama dan sihat ♥

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

♥ 7.Menjadikan diri anda “Mahal” ♥

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

♥ 8.Lebih dihormati ♥

Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
Sebenarnya banyak lagi, tapi MK rajin senaraikan 8 je. Disini MK nak ingatkan lagi, pandanglah 8 perkara ini dari segi pemakaian dan niat yang betul barulah selari dengan 8 perkara ni

Kata-Kata Untuk Semua

✿ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN ..
✿ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA ..
✿ Belajarlah TAAT walau BERAT ..
✿ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..
✿ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..
✿ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..
✿ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..
✿ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..
✿ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..
✿ Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu ~ ♥

Wanita & Lelaki

semakin seksi WANITA , semakin banyak pula dosa LELAKI ..
semakin degil WANITA , semakin banyak pula dosa LELAKI ..
semakin liar WANITA , semakin banyak pula dosa LELAKI ..

wahai WANITA , bantulah LELAKI bukan seksa LELAKI ..
wahai WANITA , pelihara laa LELAKI bukan beban LELAKI ..
wahai wANITA , sayangi LELAKI bukan benci LELAKI ..

LELAKI adalaa KETUA dlam kehidupan seseorang WANITA sama ada mnjdy AYAH , SUAMI atau pown SAUDARA LELAKI ..

dengar laa NASIHAT mereka agar KITA tdak mnarik mereka ke NERAKA atas kesalahan KITA ..

Renungkan Semua Kaum Hawa

Walau siapapun jodoh yang Allah beri kepada kita, terimalah dengan hati yang ridha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.

Kalau yang kita sayang tak jadi ya jangan bersedih. Tapi kalau dapat yang tidak kamu ingini lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahwa dalam diri manusia telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Mungkin juga si lelaki ataupun wanita ini ada sesu
atu kelibihan yang kita sangat perlukan. Alangkan beruntungnya kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.

Karena pilihan Allah yang TERBAIK.
semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan
Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan
saya Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas jikalau bermanfa'at,

Semoga bermanfa'at.insya Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat ?
Maka Sebarkanlah dgn cara klik tombol "share/bagikan" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik bagi Bangsa ini & menjadi amal jariyah bagi kita semua,aamiin... :-)

Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru


Sekadar Perkongsian jerr

♥ Tanda Seorang Lelaki Benar2 Mencintai Anda ♥

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.

♥ Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda. ♥