Saturday, 23 June 2012
INILAH CINTA.....
CINTA itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan. CINTA itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi
keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan....
Manusia kadang kala lupa, CINTA adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni....
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin
benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna
dan erti seseorang bagi kita.....
Jika kita kehilangan cinta,
pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk
dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu,
telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan....
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan
noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa
cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah
di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
