Thursday, 2 February 2012

Belajar la...

✿ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN ..
✿ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA ..
✿ Belajarlah TAAT walau BERAT ..
✿ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..
✿ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..
✿ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..
✿ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..
✿ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..
✿ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..
✿ Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu ~

Wahai Kaum ADAM



Perempuan dan Lelaki Berhak Untuk Kehidupan Masing2

Sekadar Renungan Bersama ~

KATA-KATA Ustaz Azhar Idrus:
♥ Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia..
♥ Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau tak cintakan dia..
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau tidak pasti..
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuk dia..
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau tiada perasaan kepadanya..
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..

# Hati wanita diibaratkan seperti KACA,
Sekiranya pecah..
Parutnya akan ada sampai bila2.
Kaum Adam, sayangilah wanita itu seperti kau menyayangi ibumu sendiri.. :)



Rahsia Air Mata Wanita

Rasanya ramai y dah pnah bc cerita ni..

tp nak gak postkan..supaya kita tidak lupa...=p


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya..

"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

SILA BC LG YE.....

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkansedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalahmenJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI danbukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlahsedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbanguntuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupunmungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagaisebahagian daripada proses untuk MENJADI,bukan MENCARI...
WANITA - deHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

Disebalik Zodiak

√ Jgn melawan 3 org ini ♥ Capricorn,
Taurus & Cancer
Kerana mereka jujur dan benar.

√ Jgn kehilangan 3 org ini ♥ Leo, Gemini
& Aquarius
Kerana mereka teman yg sebenarnya.

✘ Jgn membenci 3 org ini ♥ Pisces, Aries & Libra
Kerana mereka yg terbaik.

✔ Jgn biarkan 3 org ini pergi ♥ Virgo,
Sagitarius & Scorpio
Kerana mereka bisa menyimpan
rahsia dan melihat air matamu

Kek Coklat

Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.