Saturday, 20 October 2012







••► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik »» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?
••► Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik »» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan?
••► Kita buat baik, tak semestinya baik »» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?
••► Kita bukanlah bagus sangat.. Tapi InsyaAllah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik.. Amin Yarabbal Alamin
Pernah Dengar bila kita menegur kesalahan orang dan mereka jawab "Jangan Sibuk-sibuk masuk campur hal aku. KUBUR LAIN-LAIN la weii"....

INGAT!!!

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”

tapi, INGATLAH :

✿ yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang sembahyang jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN”
✿ yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan “ORANG LAIN”

Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA..."

"Apabila kamu melihat individu mempertahankan kebenaran melalui caci maki & cercaan, KETAHUILAH, hati dan niatnya adalah ROSAK lagi CACAT, kerana kebenaran dari hati yang ikhlas itu TIDAK memerlukan cara sebegitu"

"Dan cuba bayangkan kalau berlaku bencana seperti Tsunami atau banjir besar atau kebakaran yang menyebabkan kematian manusia yang terlalu ramai, ada ke dia nak gali satu-satu liang lahad? tak de kan, gali pakai jentolak, gali satu lubang dan kebumikan ramai-ramai..dan tiada lagi istilah "Kubur Masing-Masing"..Wallahuallam"