Monday, 6 February 2012

Jangan Menunggu..Lakukanlah

~> Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

~ Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

~> Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..

~> Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

~ Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

~> Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

~> Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

~> Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

~> Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

~> Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

~> Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

~> Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..

~> Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa~~

Bacalah...Kisah yang menyentuh perasaan dan membuatkan Cik Lia mengalirkan Air Mata

* Daripada kisah benar... Cuma ada ubah sedikit jalan cerita dan nama...
Silalah BACA! korang tak rugi apa-apa pun :)

Anisah baru sja 2 bulan bernikah dgn Ahmad. Tiba2 Ahmad sudah minta pd Anisah utk nikah lagi. Anisah trkejut. Dia bertanya kpd suaminya, "Adakah layanan sy tak elok pd abang sehingga abg nk nikah lagi?" "Tidak, Anis sudah ckup solehah buat abg." balas Ahmad. Anisah trtunduk. Dia bersuara semula, " Tak mengapalah. Andai itu keinginan abg, sy tiada msalah. Senang abg, senang sy. Bahagia abg, bahagia sy." ujar Anisah taat. Benarlah. Tak pernah sepatah pn kata2 suami yg berupa taat utk dia mmbantah. Krn dia tahu smua itu adalah syurga buatnya. Lagipun, Ahmad adalah lelaki yg paling dia cintai. Ibu dn ayahnya sudah tiada utk dia mengadu. Ahmadlah tempat dia mencurah segala rasa. Akhirnya Ahmad berpergian utk melaksanakan keinginannya itu. Anisah lepaskan dgn redho. Bulan demi bulan berlalu. Kelibat Ahmad masih tiada. Anisah sedikit risau. Dia cuba hubungi suaminya. Tp x berjaya. Sudah 3 bulan Ahmad tak pulang ke rumah. Khabar berita pn tiada. Tiap2 malam Anisah menakung air mata krn trlalu rindukan suaminya. Selalu juga manik2 jernih itu gugur mmbasahi pipinya. Abg dh lupakn sy kah? Dia bermain perasaan. Org kampung mula bising2. "Teruk betul Ahmad tu. Baru nikah 2 bulan, dh nikah sorg lagi. Pastu rumah bini sni pn x reti balik jenguk dah. Aku igtkan bagus sgt budak tu." suara sumbang org kampung mula kedengaran. Anisah tetap sabar krn dia kenal siapa suaminya wlupun trkadang itu dia nyaris2 mahu berperasangka dgn suaminya. Dia cepat2 beristighfar. 5 bulan kemudian... Dtg seorang lelaki tak dikenali ke rumah Anisah. "Ini puan Anisah?" tanya lelaki itu. "Iya saya.." balas Anisah. "Utk pengetahuan puan, suami puan telah mati syahid di Chechnya minggu lepas. Ini ada surat utk puan dari suami puan." ujar lelaki td seakan tak mampu meluahkan. Anisah trkedu. Tiba2 sja air matanya jatuh laju ke pipi. Dia x prnah duga bahawa penantiannya selama ini berakhir dgn berita sedih ini. Anisah mmbuka perlahan surat itu.... "Assalamualaikum, Anisah. Pertamanya abg minta maaf krn x beritahu hal sebenar kpd Anis. Mmg abg nk nikah lagi. Tp abg nk nikah dgn bidadari. Bkan krn abg x sayang pd Anis. Tp abg nk tunggu Anis di sna. Abg tunggu Anis di sna utk mahkotakan Anis sbg ketua bg bidadari2 yg lain..." "Anis tunggu abg di sna. Anis akn bawa brsama ank kita ini utk berjumpa dgn ayahnya seorang pahlawan agama.." kata Anisah smbil mengusap lembut perutnya yg tunggu masa sja utk melahirkan anknya bersama Ahmad.... ♥

~ Kelebihan Ayat Kursi ~

~ Kelebihan Ayat Kursi ~

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi


2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu


3) Baca setelah berwudhu, Darajatmu akan dinaikkan 70 tingkat


4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam


5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

~> Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.

Disebalik Sebuah Senyuman

(˙˙°●.,(˙˙°●.,♥♥♥,.●°˙˙),.●°˙˙)
::MAKNA SENYUMAN::

"SENYUM" ringan...

tak bersuara tapi, penuh makna.

"SENYUM" murah...

tapi, tak ternilai dengan wang.

"SENYUM" tak perlu tenaga

tapi, besar motivasinya...

"SENYUM" hal yang mudah
tapi, selalu nampak indah...

"SENYUM" 1 perkara yang biasa
tapi, boleh menjadi istimewa.

"SENYUM" ibadah...
yang paling mudah tetapi,
berpahala serta dengan sedekah.

Penuhilah hari² kita dgn senyuman manis
agar semua org ikut tersenyum kerana kita.
tapi dalam penuh pengertian untuk kebaikan... ♥

~✿ C.I.N.T.A ✿~.... ~✿ C.I.N.T.A ✿~....~✿ C.I.N.T.A ✿~

~✿ C.I.N.T.A ✿~

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta..


Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang mar
uah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta..

>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?

Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥♥♥♥

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam - via Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Manfaatkan lah Hidup Kita

(˙˙°●.,(˙˙°●.,♥♥♥,.●°˙˙),.●°˙˙)
Hidup ini terlalu singkat...

Jadi, manfaatkanlah sebaik²nya...
Tertawalah selagi kau boleh...

Maafkanlah selagi kau mampu...

Cintailah orang² di sekelilingmu...

Lepaskanlah apa yang memberatkanmu...

Hidup ini terlalu singkat untuk membuatmu tidak bahagia.

Belajar dari kesalahan, tetapi tidak untuk kau sesali...

Kerana setiap kesalahan mengajarkanmu erti kebenaran...

Kita boleh berubah, dan segala sesuatunya terkadang berjalan tidak seperti yg kita inginkan...
Tapi ingatlah selalu .... Hidup harus terus berjalan....
Masa terus berputar... ♥ ^_^

Lelaki Soleh & Wanita Solehah

Ustaz Azhar Idrus :

♥ "...Lelaki yg SOLEH boleh berkahwin dgn wanita yg tidak baik kerana lelaki itu akan membimbing nya ke arah KEBAIKAN..." ♥

♥ "...Wanita yg SOLEHAH tidak boleh berkahwin dgn lelaki yg tidak baik kerana bimbang lelaki itu akan membawanya ke arah KEJAHATAN..." ♥

Hati yang Sentiasa Menanti

(˙˙°●.,(˙˙°●.,♥♥♥,.●°˙˙),.●°˙˙)
Untuk sebuah hati yg masih menanti,
Menantilah dgn cinta...
Cinta yg akan membuatmu menerima apapun kehendak-Nya.
Kelak kau akan menyedari,
Cintamu kerana-Nya akan membuat penantian itu tak pernah sia²...

Untuk sebuah hati yg masih menunggu,
Menunggulah dengan senyuman.
Senyuman ikhlas pada siapapun yang selalu menanyakannya.
Katakan pada mereka, hatiku tak akan pernah kesepian dalam setiap belaian ketetapan kasih sayang-Nya...

Untuk sebuah hati yg masih mencari,
Carilah dengan ikhtiar yang suci.
Ikhtiar tanpa nafsu dan paksaan waktu, ikhtiar dgn harapan dan ketundukan, melangkah dalam koridor di jalan-Nya...

Untuk sebuah hati yg masih merindu,
Rinduilah Dia yg paling layak untuk dirindu.
Kelak kau akan tahu,
Merindukan-Nya adalah penantian dan pencarian yg terindah...

Untuk hatiku & hatimu,
Sesungguhnya kau dan aku berada dalam genggaman-Nya,
Maka tak ada yg perlu dikhuatirkan selama kita bersandar kepada-Nya. Jangan pernah meragui,
Apa yang sudah ada dalam ketetapan-Nya...

Hari ini ku tulis surat untuk sebuah hati,
Berharap hati ini hanya menanti,
Menunggu, mencari dan merindu hanya kerana-Mu ya Allah... ♥

Sanggup ke Wahai Lelaki

WAHAI LELAKI!

Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██ siapa sanggup???

#untunglahkalausanggup# ;))

Disebalik Sebuah Pertemuan

ALLAH aturkan antara kita pertemuan...

♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak

♥ Dlm 2 hati , Allah berikan 3 rasa = sayang , kasih & cinta

♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan , berteman , berkawan & bersama

♥ Dlm 4 tujuan itu , tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi

♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang , kekal , setia , mengerti , menghargai & mengingati

♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT ♥

Ingatlah...

Ada air mata dibalik setiap senyuman..
Ada kasih sayang dibalik setiap amarah..
Ada pengorbanan dibalik setiap ketidakpedulian..
Ada harapan dibalik setiap kesakitan..
Ada kekecewaan dibalik setiap derai tawa..

INGAT, kita bukan satu-satunya manusia dengan segudang masalah…

Tersenyumlah ..
Karna senyum mampu membasuh setiap luka ..

Maafkanlah..
Karna maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit..

Hanya Ada Allah tempat segalanya bermuara..
Kepada-Nya kita berserah atas segala pinta.

Renungkan Bersama

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ❤•

(¸.•´♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥

•.♥• Andai dalam hatimu ada TAMAN...

•.♥• Semailah ia dengan benih-benih IMAN...

•.♥• Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN...

•.♥• Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN...

•.♥• Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN...

•.♥• Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN...

•.♥• Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN...

•.♥• Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN...

•.♥• Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN...

•.♥• Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang KEHIDUPAN...

ìÑSYÄÅLLÅH

9 Perkara Perempuan Suka, Lelaki Benci

9 Perkara Perempuan Suka, Lelaki Benci

Tahukah anda, banyak perkara bagi perempuan yang mereka suka tetapi sebenarnya dalah satu kebencian bagi lelaki.? Bukanlah melibatkan perasaan semata-mata tetapi juga melibatkan peralatan dan sebagainya. Jom kita baca apa yang ada dan semestinya selepas aku baca, sebagai seorang lelaki aku bersetuju 99%..ha3..

1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI


Wanita : Show
er cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.

Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.

2. SHOPPING

Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.

Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.

3. BERBUAL

Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.

4. MENANGIS

Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!

Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.

5. KUIZ

Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.

Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.

6. KASUT

Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.

Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!

7. FAMILY GET-TOGETHER

Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.

Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.

8. BUNGA DAN COKLAT

Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.

Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!

9. SOAP OPERA

Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.

Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.

---------------------
Terdapat juga banyak lagi perkara lain yang berkaitan. .). Tetapi itulah manusia, ada yang mengatakan kelainan inilah yang menyebabkan hidup lebih bermakna kerana saling melengkapi walaupun sekali sekala memang menyusahkan..:)
---------------------

Betul ke perempuan benci lelaki seperti ini??

20 Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA


2. MAIN KAYU TIGA


3. SUKA 'CUCI MATA'


4. MENGONGKONG


5. EGO

6. MENIPU

7. PERASAN

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

10. CEMBURU BUTA

11. MATA DUITAN

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

13. PANAS BARAN

14. KAKI MEROKOK

15. PENGOTOR

16. GELOJOH

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

19. PUTAR BELIT

20. SUKA KONTROL MACHO DAN X RETI BEKERJA

Doa Bagi Yang Mengalami Kekecewaan