Thursday, 16 May 2013

Warkah Buat Mu Wahai Calon Imam ku Insyallah


Sebelum tiba waktunya utk kamu halal bersama si dia,
tahanlah hatimu,
tahanlah perasaanmu

Jika perasaan itu tidak tertahan lagi,
coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu,
tentang doa & harapanmu pdnya dlm tulisan dan simpanlah warkah yg tidak beralamat itu sebaik mungkin

Apabila saatnya kamu disatukan,
maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya
Dia pasti bahagia menerimanya,
tetapi jika waktu itu belum tiba..

Biarlah ia menjadi rahsia antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja
kerana kelak jika dia bukan milikmu,
bakarlah coretan itu
bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu....

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

p/s: Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu....









cinta sebelum nikah tu, macam menguyah sebalang gula-gula getah. kunyah la banyak mana pun, makin lama makin tawar. sebab manisnya cuma di luar. cuma selapis.

cinta sesudah nikah pula, macam makan sepinggan buah melaka. makin banyak kita makan, makin terasa manisnya. sebab manisnya di dalam, walau luarnya tawar.

manis cinta sebelum bernikah, hanyalah tipu daya untuk mengisi ruang kosong yang sementara. manis cinta sesudah bernikah, inshaAllah mengisi sebahagian jiwa untuk di dunia, dan pastinya di akhirat sana
 
 
 
 
7 CIRI CALON PENDAMPING HIDUP YANG SETIA
1. Menerima kamu apa adanya.
2. Selalu menghargai apa yang ada dihati dan fikiran kamu.
3. Selalu berusaha utk tidak mnyakiti dan mngecewakan kamu.
4. Selalu berusaha memberikan yang terbaik
5. Selalu ada buat kamu.
6. Tidak prnah menuntut kamu utk mengikuti semua kemahuannya.
7. Selalu menjaga hubungan agar tetap diredhai sampai akhir hayat.