Saturday, 11 February 2012

»» Ciri-Ciri Suami Pilihan ««

»» Ciri-Ciri Suami Pilihan ««

••► Kuat agamanya
»» Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

••► Baik akhlaknya
»» Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

••► Tegas mempertahankan maruah
»» Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

••► Amanah
»» Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

••► Pemurah tetapi tidak boros
»» Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

••► Tidak liar matanya
»» Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

••► Terbatas pergaulan
»» Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

••► Rakan pergaulannya
»» Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

••► Bertanggungjawab
»» Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

••► Tenang wajah
»» Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
 
 Ternyata aku telah menjumpai insan sebegini yang boleh dibuat suami...alahai aku terpaksa redha bahawa arwah bukanlah tulang rusuk ku..bukan la jodoh ku...adakah aku akan mendapat dan menjumpai insan seperti seperti  arwah dahulu... Ya ALLAH pertemukan lah aku dengan insan sebegini lagi..seandainya aku masih diberi jodoh oleh Mu...Aku sentiasa menanti dan mengharap...aku redha dengan caturan hidupku...yang telah direncana oleh MU Ya ALLAH...sememangnya rencana dari MU adalah Terbaik untuk Setiap Hamba-Nya...

Aduhai Sekeping Hati Cik Lia

~ pesan pada hati usah terlalu membenci akan satu wajah,kerana rindu pasti bertandang.
~ pesan pada hati jangan merindu pada kenangan,kerana pasti akan mengalirkan airmata kesedihan.
~ pesan pada hati jangan dikenang-kenangkan akan cinta yang lalu,kerana akan ada kecewa yang hadir.....♥
 Kerana merindui kenangan dahulu la aku kini sering dan mudah sekali mengalirkan air mata..kini air mataku begitu mudah gugur membasahi pipi ku..hati ku kini mudah tersentuh dan sensitif...kena mengenangkan kenangan dahulu la ternyata benar airmata  akan mengalir...setiap hari mahu pun setiap ketika air mata begitu mudah gugur...walhal kadang2 ketika menonton rancangan Tv @ membaca ...
Kerana terkenang cinta dahulu yang paling manis dirasai...ternyata kecewa mmg menghuni didalam jiwa ini...apabila kecewa pasti air mata akan menitis...oh hati mengapa begitu rapuh hati ini...
 
" Jangan mencintai lelaki segunung harapan kerna cinta lelaki tak sama nilainya dengan cinta wanita.., TAPI CINTAILAH SUAMIMU setinggi mana yang kau mampu , walau tidak sama nilainya dari suami , kerna DI SITU ADA JALAN SYURGA ALLAH ..InsyaAllah.."...Kata2 peransang buat diri sendri...

Cerita Aku..Kita...Mereka

Setiap manusia ada cerita mereka sendiri..
Ada yg menemui cinta dan berkahwin
Ada yg menemui cinta tapi berakhir dgn Air mata..
bukan mereka pinta itu semua terjadi..
tapi semua itu adalah ketentuan ILAHI yg harus kita terima sebulat hati..
jgn fikir hidup dunia ini hanya inginkan kebahagiaan
Bahagia itu tetap ada cuma kita harus hadapi dugaan yg menguji kesabaran kita.
Bahagia atau derita
Saya percaya setiap kita semua pernah melaluinya..
Sentiasalah ukirkan senyuman dlm menjalani kehidupan
biarpun dihati kalian sedang hadapi peperangan


 ♥ Setelah Allah menarik suatu kebahagiaan,maka suatu hari Allah akan memberi kebahagiaan yg lebih bermakna ♥ :)

 Ketika pintu kebahagiaan tertutup, pintu lain dibukakan. tapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.