Sunday, 5 February 2012

Tiada erti lelah dalam pencarianmu, teruskanlah mencari. Semoga suatu hari nanti bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu ^_^

~✿>> Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta..semua hanya sekadar kawan, maafkan saya..apabila melihat dirimu bahagia, saya turut menumpang bersama, terima kasih..ingatlah kamu akan JANJI Ilahi :

"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

>>> Apabila hati terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..tiada yang
menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa MEMERHATI..(◠‿◠✿)


 ~✿>> Cinta bukan milik kita…setiap PERPISAHAN tidak sia-sia, tidak perlu bersedih lama kerana cinta itu MILIK Allah..hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya..kerana, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam hati si dia yang SETEPATNYA untuk kamu..semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan TIDAK BERHATI-HATI..hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar:
“..WASPADALAH jangan terpijak atau memijak onak dan duri..”

>>> Jangan kamu kutip lagi serpihan kaca..SABARLAH hingga kau temukan permata…(◕‿◕)


 Cinta dan kasih sayang adalah jiwa yang tak dapat di pisahkan. Cinta yang datang dari ketulusan hati kan menjadi sejati. Cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kau rasakan

No comments:

Post a Comment