10 Sikap ‘Terlalu’ Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan
Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak
dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau
menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh
itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala
‘terlalu’ dalam diri kita.
10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:
1. Terlalu Manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan
tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia
dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan
tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang
mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan
buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat
komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan
setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui
pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang
terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang
terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi
dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah
kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.
4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita
yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih
kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat
menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.
5. Terlalu Sensitif
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa
tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai
hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak
seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu
sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi
menceriakan suasana.
6. Terlalu Mengongkong
Lelaki
memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang
disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan
teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita
terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan
atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan
bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi
memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak
membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang
dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu
banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit
demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain.
Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.
9. Terlalu Menyanjungi
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk
merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya
diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya
dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian
, tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu
tidak ikhlas.
10. Terlalu Menuntut
Meskipun lelaki
perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang
baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah
pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan
jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.
No comments:
Post a Comment