7 ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATULMAUT
Syaitan &Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut
segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap
datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat
yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis
tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tetapi dia datang untuk
menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat Islam,namun belum
pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.
Rombongan 1
Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh
seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu
hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka
akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada
tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.
Rombongan 2
Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti
harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung
ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.
Rombongan 3
Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si
mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu
menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba
kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai
dan lupa kepada Allah.
Rombongan 4
Iblis menjelma
dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati.
Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang
dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan
fasik dan munafik.
Rombongan 5
Iblis menjelmakan
dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya
membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam
Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan
minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir
panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.
Rombongan 6
Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak
kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu.
Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu,
kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.
Lalu
dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu
datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama' berkata” kali ini kami
datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan
baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul
maut menyatakan dia tidak tahu.
Iblis itu mula memasang
perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama
yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah
memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang
telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah,
hendaklah kamu patuh kepada kami”.
Si bakal mati memandang ke
kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada
dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?”
Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu
berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat
melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari
langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu
sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda
yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai
atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah
tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.
Dalam
keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya.
Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.
Rombongan 7
Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang
benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana
kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam
godaan dan setiap satunya berlainan.
Hanya dengan kalimah “Laa
ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan
iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih
kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.
Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.
No comments:
Post a Comment